CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, February 1, 2009

Zaman Pertengahan

Zaman Kegemilangan atau Keemasan

Dari abad ke 10 hingga abad ke 15 pertemuan budaya di Spain menghasilkan satu perkembangan mental yang hebat dan seterusnya menjadikan abad tersebut dikenali sebagai Zaman Keemasan atau Kegemilangan.

Moses Maimonides

Moses Maimonides (di lahirkan di Cordova, Spain pada 30 Mac 1135 dan meninggal dunia di Mesir pada 13 Disember 1204) merupakan personaliti yang melambangkan seorang penuntut Yahudi sewaktu zaman pertengahan. Beliau juga dikenali sebagai Rabbi Moses ben Maimon ( dalam Hebrew disebut Moshe ben Maimon) dan namanya dalam bahasa Arab disebut Musa Ibn Maymun. Moses Maimonides dikenali di kalangan orang-orang Yahudi dengan Rambam (Rabbi Moshe ben Maimon). Beliau menulis 3 subjek agung: pendapatnya terhadap Misnah, di mana beliau memperkenalkan 13 prinsip kepercayaan Yahudi (rujuk Unit 14 pada doktrin). Yang kedua pula adalah Misnah Torah (pendapatnya mengenai Torah), di mana beliau berjaya menjadikan Torah mudah difahami dan diikuti. Hasil penulisan beliau yang ketiga adalah Guide for Perplexed, yang merupakan pengkajian rasional mengenai kepercayaan Yahudi.

Kabbalah

Satu lagi pembangunan dalam sejarah Yahudi pada saat ini adalah kelahiran Kabbalism. Ia adalah merupakan satu sistem spekulatif teologi dan penggunaan simbol-simbol nombor yang mistik. Ianya dikatakan mampu membongkar dengan lebih mendalam maksud-maksud penulisan suci Hebrew.

Ketidak Adilan

Pada Zaman Pertengahan, orang-orang Yahudi kebanyakan telah berada di merata-rata pelosok di England, France dan Jerman; perlakuan mereka sentiasa dicurigai kerana cara mereka mengamalkan kepercayaan mereka agak berlainan dari kebanyakan orang. Disebabkan hal tersebut, mereka sering menjadi suspek dalam perkara-perkara yang berkaitan dengan aktivti-aktiviti yang tidak bermoral dan amalan-amalan jahat.

Keadaan ini menjadi semakin teruk apabila Crusades bermula. "Crusades” adalah merupakan peperangan orang-orang Kristian dalam menuntut pembebasan tanah suci mereka dari pemerintahan Islam pada abad ke-12. Akibatnya pembunuhan orang-orang Yahudi secara besar-besaran merebak ke seluruh Eropah.

Tanpa tanah milik mereka sendiri, hanya satu jalan sahaja yang boleh dipilih oleh mereka iaitu berhijrah ke Timur, Poland dan Russia. Sebilangan Yahudi yang masih menetap di Itali, Austria dan Jerman telah dipaksa tinggal di dalam ghettos (kawasan yang dikawal ketat dan jauh dari orang lain).

Pada permulaannya kehadiran mereka adalah di alu-alukan di Poland tetapi keadaan tersebut berubah sedikit demi sedikit dengan perubahan waktu dan keadaan menjadi semakin teruk apabila mereka menerima layanan yang buruk dan pembunuhan ke atas mereka berlaku sekitar abad ke-17.

0 comments: