CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, February 1, 2009

Ayat-ayat Suci

Orang-orang Yahudi juga dipanggil sebagai ”Ahli Kitab”. Orang-orang Yahudi percaya bahawa mesej-mesej Tuhan untuk mereka mengandungi ayat-ayat suci dan dengan mempelajarinya, mereka turut mempelajari mengenai Tuhan, tanggungjawab mereka terhadap Tuhan dan terhadap orang lain. Ayat-ayat itu terbahagi kepada:
· Tenach
· Misnah
· Talmud
· Midrasah
· Kabbalah

Torah – Undang-undang

Torah adalah bahagian yang paling penting dalam Tenach dan mengandungi 5 buah buku yang pertama, yang mana dikenali sebagai Penta-teuch atau Buku-buku Moses (Musa) [Books of Moses]. Buku-buku tersebut adalah Genesis, Exodus, Levicitus, Numbers dan Deuteronomy.

Talmud

Talmud (perkataan Talmud bermaksud “belajar”) telah lengkap pada penghujung abad ke-5 dan ianya mengandungi Misnah dan Gemara.

Misnah

Dalam halaman ini menerangkan secara terperinci apa yang dimaksudkan dengan kehidupan suci. Misnah merupakan sangat penting dan ianya turut menerangkan secara terperinci mengenai pengadilan dan keputusan-keputusan dalam semua aspek kehidupan, dan ianya di bahagikan kepada 6 seksyen:
· Sembahyang, undang-undang pertanian dan hak-hak fakir miskin,
· Musim-musim Perayaan,
· Perkahwinan dan Penceraian,
· Undang-undang Sivil dan Jenayah,
· Majlis penyembahan dan pengorbanan dan
· Undang-undang dalam terhadap kebersihan dan kekotoran.

Gemara

Gemara mengandungi keseluruhan mengenai sejarah, moral dan arahan-arahan keagaaman.

0 comments: