CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, January 22, 2009

Rumah Ibadat yang Pertama

Saul menjadi raja pertama Israel (1021 BCE - sebelum kelahiran Jesus), diikuti oleh Nabi Daud (David) – 1000 BCE dan kemudiannya Nabi Sulaiman (Solomon) – 960 BCE.

Semasa pemerintahan Nabi Daud (David), agama Bani Israel menjadi semakin formal dalam erti kata lain rasmi. Kemampuan dan kekuatan pentadbiran dan juga ketenteraan Nabi Daud (David) menjadikan Israel 1 kuasa yang sangat kuat dan agung di seluruh Timur Tengah.

Rumah ibadat di Jerusalem pada ketika itu menjadi tumpuan utama upacara keagamaan dari generasi ke generasi. Kerja-kerja pembaik pulih dan pengubahsuaian turut dilakukan, maka terbinalah rumah ibadat yang dipanggil rumah ibadat Sulaiman (Solomon) sekitar tahun 950 BCE sehingga 586 BCE (bila ia kemudiannya dimusnahkan oleh orang-orang Babylon). Kira-kira 515 BCE rumah peribadatan tersebut dibina semula dan bertahan sehingga tahun 19 BCE, apabila Herod yang Agung mula memperbesarkan bangunan. Tetapi akhirnya ia dimusnahkan semula oleh Roman pada 70 CE dan bangunan itu hanya tinggal sebahagian kecil di mana Tebing Barat dibina (adakalanya ia dirujuk sebagai Wailing Wall) serta menjadi sebagai tanda peringatan bagi orang-orang Yahudi. Pada hari ini tempat tersebut menjadi tempat kunjungan, berdoa dan tempat untuk menyatakan kesedihan mereka, malah ada dikalangan mereka yang masih menyatakan permintaan mereka pada cebisan-cebisan kertas lalu diletakkan di celah-celah batu pada dinding tersebut.

Sejak kemusnahan rumah peribadatan tersebut, upacara keagamaan mereka beralih kepada kaedah lain termasuklah synagogue.

Pada 922 BCE, Israel dibahagikan kepada dua kerajaan; Kerajaan Utara dan Kerajaan Selatan. Kerajaan Utara mempunyai 10 daripada 12 kabilah atau puak dan mereka dipanggil Israel, manakala Kerajaan Selatan hanya mempunyai 2 kabilah iaitu Judah dan Benjamin, tetapi Jerusalem termasuk dalam Kerajaan Selatan.

0 comments: