CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, January 22, 2009

Kedatangan agama Kristian dan Islam

Pada permulaan kedatangan agama Kristian, hubungan antara dua agama iaitu agama Kristian dan Judaism adalah sangat bertentangan. Orang-orang Yahudi menolak kedatangan Jesus (Nabi Isa A.S) sebagai seorang utusan Tuhan.

Selepas Maharaja Constantine (312 CE) menganuti Kristian, agama ini menjadi agama rasmi negara dan kebencian orang-orang kristian terhadap orang-orang yahudi semakin memuncak.

Pada kurun ke-7, agama Islam mula tersebar ke seluruhTimur Tengah dan Afrika Utara dan ini mmenjadikan sebilangan besar komuniti Kristian memeluk agama Islam.

Pada ketika kebangkitan Islam, kebanyakan masyarakat Yahudi berpindah ke Spain di mana mereka mendapat layanan yang baik di bawah pemerintahan Islam (the rule of the Moors; MoorishOrang-orang Islam yang memerintah Spain dari tahun 711 hingga 1492 ) .

Penghasilan Talmud

Perpindahan orang-orang Yahudi selepas kemusnahan rumah peribadatan pada 70 CE menjadikan kepentingan merekod tradisi lisan ke dalam penulisan sebagai satu aktiviti yang sangat masyhur dengan kebijaksanaan Rabbi Akiba. Beliau menemui cara yang sistematik dalam menyusun bahan-bahan penulisan suci ke dalam 6 tajuk utama bagi membolehkan proses mengklasifikasikan penulisan.

Talmud menjadi inspirasi orang-orang Yahudi dalam menjalani kehidupan mengikut tradisi asal mereka.

Rabbinic Judaism

Pada tahun 69 CE, rabbi Johanan ben Zakkai (pengikut kepada Hillel, seorang guru yang hebat lagi berpengalaman) telah membuka sebuah sekolah di bandar Jabneh di mana penuntut-penuntutnya menyerahkan diri mereka sepenuhnya untuk belajar dan menterjemah kitab suci dan tradisi. Matlamat sekolah ini adalah untuk memenuhi keperluan atau kepentingan golongan pharisees dan untuk menghasilkan Rabbinic Judaism. Sekolah tersebut juga berfungsi sebagai penasihat dalam menetapkan tarikh-tarikh dalam kalendar orang-orang Yahudi di mana penetapan ini dilakukan setiap tahun.

Pembahagian Orang-orang Yahudi

The Pharisees

Kebanyakan guru agama, Rabbis dan orang-orang alim yahudi tergolong dalam kumpulan yang masyhur dan berkuasa ini. Golongan ini dikenali sebagai Pharisees. Mereka ini sangat mentaati agama yang berdasarkan kitab Taurat (Torah).

Golongan Pharisee ini mengimani (mempercayai) adanya hari kebangkitan semula setelah kematian dan hari pembalasan atau perhitungan. Dalam masa yang sama tanggungjawab utama mereka adalah setia dan patuh kepada Torah.

Kehidupan mereka dipenuhi dengan beribadat dan menyucikan diri (mereka perlu menjauhi diri mereka dari orang-orang dan benda-benda yang boleh mengotori diri mereka). Akhir sekali, mereka lebih rela atau lebih bersedia untuk mati dari menukar pegangann atau kepercayaan mereka.

The Sadducees

Golongan Sadducee kebanyakannya terdiri daripada aristokrat-aristokrat yang kaya dan orang-orang alim yang liberal. Iaitu mereka yang tidak hanya menguasai bidang agama, tetapi juga menguasai bidang politik dan biasanya mereka tidak disukai. Golongan ini menterjemah Torah dengan agak keras dan membuta tuli, malah mereka menolak kepercayaan kepada malaikat-malaikat dan hari kebangkitan semula setelah kematian.

The Zealots

”Zealot” adalah perkataan yang digunakan untuk orang yahudi yang sangat aktif dalam politik. Iaiut mereka yang menuntut kebebasan Judea dari kawalan Roman.

The Essenes

Essene adalah golongan yang menolak keduniaan, iaitu menjauhi kehidupan yang biasa kepada kehidupan yang dipenuhi Qumran, di mana kehidupan mereka hanya tertumpu pada penyucian diri dan peribadatan sementara menunggu hari Qiamat.

Rumah Ibadat yang Pertama

Saul menjadi raja pertama Israel (1021 BCE - sebelum kelahiran Jesus), diikuti oleh Nabi Daud (David) – 1000 BCE dan kemudiannya Nabi Sulaiman (Solomon) – 960 BCE.

Semasa pemerintahan Nabi Daud (David), agama Bani Israel menjadi semakin formal dalam erti kata lain rasmi. Kemampuan dan kekuatan pentadbiran dan juga ketenteraan Nabi Daud (David) menjadikan Israel 1 kuasa yang sangat kuat dan agung di seluruh Timur Tengah.

Rumah ibadat di Jerusalem pada ketika itu menjadi tumpuan utama upacara keagamaan dari generasi ke generasi. Kerja-kerja pembaik pulih dan pengubahsuaian turut dilakukan, maka terbinalah rumah ibadat yang dipanggil rumah ibadat Sulaiman (Solomon) sekitar tahun 950 BCE sehingga 586 BCE (bila ia kemudiannya dimusnahkan oleh orang-orang Babylon). Kira-kira 515 BCE rumah peribadatan tersebut dibina semula dan bertahan sehingga tahun 19 BCE, apabila Herod yang Agung mula memperbesarkan bangunan. Tetapi akhirnya ia dimusnahkan semula oleh Roman pada 70 CE dan bangunan itu hanya tinggal sebahagian kecil di mana Tebing Barat dibina (adakalanya ia dirujuk sebagai Wailing Wall) serta menjadi sebagai tanda peringatan bagi orang-orang Yahudi. Pada hari ini tempat tersebut menjadi tempat kunjungan, berdoa dan tempat untuk menyatakan kesedihan mereka, malah ada dikalangan mereka yang masih menyatakan permintaan mereka pada cebisan-cebisan kertas lalu diletakkan di celah-celah batu pada dinding tersebut.

Sejak kemusnahan rumah peribadatan tersebut, upacara keagamaan mereka beralih kepada kaedah lain termasuklah synagogue.

Pada 922 BCE, Israel dibahagikan kepada dua kerajaan; Kerajaan Utara dan Kerajaan Selatan. Kerajaan Utara mempunyai 10 daripada 12 kabilah atau puak dan mereka dipanggil Israel, manakala Kerajaan Selatan hanya mempunyai 2 kabilah iaitu Judah dan Benjamin, tetapi Jerusalem termasuk dalam Kerajaan Selatan.