CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, October 12, 2008

Perayaan-perayaan orang Yahudi

Pass Over

Pass Over merupakan perayaan utama masyarakat Yahudi. Ianya diraikan pada setiap musim bunga (spring) iaitu pada permulaan musim bercucuk tanam. Masyarakat yahudi akan sentiasa memperingati penghambaan dan penderitaan mereka di bawah pemerintahan Firaun di Mesir dan ianya berlaku selepas Exodus. Hari di mana mereka meraikan untuk memperingati Exodus Bani Israel setelah satu ketika mereka menjadi hamba sahaya di Mesir.

Pass Over juga adalah untuk memperingati tentang kedatangan malaikat maut keluar ke bumi Mesir dengan tidak dibunuhnya (mencabut nyawa) bani Israel tetapi sebaliknya mencabut nyawa anak lelaki sulung orang-orang Mesir.

Exodus merupakan buku kedua di dalam Bible yang menceritakan tentang Moses (Nabi Musa A.S) dan perjalanan bani Israel keluar dari bumi Mesir.

Pada bulan pertama perayaan Pass Over dalam tahun Yahudi, mereka memakan roti yang diperbuat tanpa yis dan tidak ada sedikit pun yis yang akan dijumpai di dalam rumah mereka dari petang hari yang ke-14 sehingga petang hari yang ke-21. Dan sesiapa di antara mereka yang memakan yis, dia mestilah diputuskan dari perhubungan komuniti Israel, tidak kira mereka bangsa lain ataupun peranakan atau bangsa asal. Mereka tidak memakan apa-apa yang diperbuat daripada yis. Dimana pun mereka tinggal, mereka mesti memakan roti tanpa yis yang dipanggil MATZOT. Dan apabila anak-anak mereka bertanya kepada mereka, ”Apakah maksud perayaan ini?” Mereka menjawab, ”Ia adalah ’Pass Over’ iaitu pengorbanan kepada Tuhan yang melepas dan menyelamatkan rumah-rumah bani Israel iaitu kita tetapi Dia memusnahkan orang-orang Mesir.”

Merujuk pada EXODUS 12, King James Version.

Hanukkah

Terdapat perayaan lain iaitu Hanukkan. Walaupun ianya agak kurang penting, ia merupakan 8 hari perayaan cahaya.

Purim

Purim merupakan perayaan minor bagi masyarakat Yahudi. Ia merupakan pesta makanan.

Yom Kippur

Yom Kippur juga merupakan salah satu perayaan utama masyarakat Yahudi dan ianya diraikan pada hari ke-10 setiap tahun baru. Ia adalah merupakan hari bagi mereka memohon keampunan. Hari Penyesalan atau hari untuk bertaubat. Jika seseorang itu berdosa, dia dibiarkan untuk bertaubat dan dosa-dosanya dipulihkan dari kesalahan yang dilakukannya. Pada hari tersebut, orang-orang Yahudi bertaubat dan memohon keampunan dari Tuhan. Hari tersebut adalah merupakan hari memohon keampunan kepada Tuhan atas dosa-dosa mereka kepada Tuhan tetapi dosa-dosa mereka terhadap manusia hanya boleh dimaafkan dan diperbaiki dengan meminta kemaafan terhadap orang yang telah mereka zalimi atau lakukan kesalahan. Pada hari Yum Kippur tersebut, mereka berpuasa selama 24 jam.

0 comments: