CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Sunday, August 10, 2008

Muqoddimah

Alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga ana mengisi kekosongan blog “Light of The Truth” atau “Ziaul-Haq”. Semoga kita semua sama-sama melihat cahaya kebenaran agama Allah yang syumul lagi indah iaitu Islam.

Ana kongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana pelajari dari kelas perbandingan agama atau ‘comparative religion’ di Universiti Sains Malaysia (USM); anjuran Islamic Propagation Society International (IPSI). Semoga perbandingan agama-agama ini dapat membantu kita melihat betapa indahnya Islam itu. Seandainya ada sebarang kesilapan minta dibetulkan, dan sebarang pertanyaan bolehlah diajukan dengan bahasa yang elok di ruang yang di sediakan. Insya Allah ana akan cuba memberi jawapan dan meminta bantuan pada orang yang lebih arif dalam persoalan yang diajukan.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Islam adalah agama wahyu dari Allah SWT yang mengutuskan junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan seruan Islam pada seluruh umat yang tidak mengira bangsa mahupun warna kulit. Islam bukanlah agama warisan yang diwarisi oleh ibu bapa, datuk nenek mahupun moyang kita. Bukan juga untuk bangsa melayu tetapi untuk serwajagat. Islam itu juga hadir bersama bukti-bukti yang kukuh.

Sesungguhnya orang yang mengakui dirinya beriman adalah orang yang meyakini bahawa Allah itu satu tidak ada dua mahupun tiga dan tidak beranak mahupun di peranakkan, serta mengimani Malaikat-malaikat-Nya, Nabi-nabi-Nya, kitab-kitab-Nya, Qada’ dan Qodar-Nya dan Hari Qiamat (Hari Pembalasan) dalam jiwa mereka; mereka melafazkannya dengan lidah serta melaksanakannya dengan perbuatan.

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٤٣
dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). [QS2. AlBaqarah: 143]

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang lemah itu datang dari diri ana sendiri.Wallahu’alam.

0 comments: