CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Thursday, August 28, 2008

Rabbi (sebutannya Rabbai)

Rabbi bermaksud Guru yang mempunyai ilmu yang tinggi. Rabbi adalah ketua agama bagi komuniti yahudi dan dia biasanya mengetuai orang-orang yahudi dalam bersembahyang di synagogue. Dia telah dilatih mengenai undang-undang yahudi dan dalam mengendalikan upacara keagamaan dan perayaan orang-orang yahudi.

Synagogue

Sewaktu rumah peribadatan bangsa Yahudi masih di Jerusalem iaitu semasa zaman Nabi Daud dan anaknya, Nabi Sulaiman; ia masih kekal menjadi tempat orang-orang yahudi menunjukkan rasa taat serta patuh dan tempat mengorbankan binatang-ternakan. Tetapi apabila Jerusalem ditawan oleh Orang-orang Babylon pada 586 sebelum Masihi dan orang-orang yahudi dihalau dari situ, mereka (orang-orang yahudi) mula bersembahyang di institusi baru yang dibina dan dipanggil synagogue. Tempat tersebut menjadi institusi pembelajaran dan tempat komuniti meraikan seseuatu. Setelah tempat peribadatan dimusnahkan pada kali keduanya oleh Raja Roman,Titus pada 70 A.D., sekali lagi synagogue kembali menjadi hanya institusi petunjuk bagi kehidupan orang-orang yahudi. Pada hakikatnya synagogue sendiri adalah menggantikan rumah ibadat dan mula menjadi tempat berkumpul orang-orang yahudi yang tinggal jauh dari tempat asal mereka. Sejak itu Synagogue menjadi Rumah Ibadat, sekolah untuk Judaism dan tempat perhimpunan upacara keagamaan.

Tanggungjawab Seorang Yahudi

Setiap orang yahudi adalah bertanggungjawab kepada Tuhan atas setiap yang mereka lakukan. Tuhan adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Seorang yahudi bukan sahaja perlu patuh pada adab-adab moral yang baik tetapi dia juga perlu mematuhi perayaan-perayaan keagamaan, amalan, tradisi dan undang-undang.

Patuh dan Taat melalui Sembahyang dan Pengorbanan di Synagogue

Patuh dan taat pada Tuhan adalah salah satu kepercayaan yang penting bagi Yahudi. Synagoue menjadi tempat utama menunjukkan taat mereka pada Tuhan dalam bersembahyang dan pengorbanan mereka dan ia kekal selama empat kurun. Jerusalem kemudiannya telah ditakluk atau dijajah dan tempat beribadat telah dimusnahkan pada pertama kalinya oleh Raja Nebu-Chad-Nezzar dari Babylonia pada 586 tahun sebelum Masihi. Bangsa yahudi telah di usir dari Jerusalem ke Babylonia. Selepas hampir 100 tahun kemudiannya, Cyrus the Great Persia telah menakluki Babylonia dan mengalahkan orang-orang Babylon. Bangsa Persia telah membenarkan orang-orang yahudi kembali ke Jerusalem dari Babylonia. Bani Israel membina semula rumah ibadat mereka dan menunjukkan rasa patuh mereka pada Tuhan melalui sembahyang dan pengorbanan tapi ianya hanya bertahan selama 600 tahun sehingga sekali Jerusalem dimusnahkan buat kali kedua oleh Raja Roman, Titus dalam tahun 70 A.D (A.D merujuk tahun setelah Jesus dilahirkan mengikut kalendar orang kristian). Kemudian orang yahudi mengakhiri dengan mengorbankan binatang di Synagogue dan meninggalkan hanya sembahyang sahaja sebagai tanda taat kepada Tuhan.

Sunday, August 10, 2008

Ajaran dan Kepercayaan

Shema (sebutannya Shama)

Asas ajaran Judaism ialah kepercayaan yang utuh pada monotheism iaitu percaya pada SATU dan hanya SATU TUHAN. Pada masa dahulu kala, Tuhan mereka kenali sebagai YAHUDA atau YAHWEH atau ADONAY atau ELOI atau ELOHIM. YAHWEH bermaksud “DIA YANG MENCIPTAKAN”. Yahudi percaya pada TUHAN YANG SATU dan mereka memperlihatkan kepercayaan dengan melafazkan Shema. Shema adalah pengisytiharan atau lafaz pengakuan bahawa Tuhan itu adalah satu. Ada 6 perkataan Shema yang telah ajar oleh Nabi Musa pada Bani Israel mengikut Deuteronomy 6:4 – “Hear, O Israek! The Lord our GOD, the Lord is ONE.”

DEU 6:4 O Israel: The LORD our God is one LORD:


Yahudi mempercayai yang Tuhan itu adalah spirit iaitu roh, mengikut Exodus 3:14 dinyatakan:

EXOD 3:14 And God said unto Moses, I AM THAT I AM: and he said, Thus shalt thou say unto the children of Israel, I AM hath sent me unto you.

Setiap orang-orang yahudi percaya pada SATU dan hanya satu tuhan. Mereka menolak kepercayaan yang menyatakan tidak ada tuhan ataupun kepercayaan tuhan itu dua atau tiga ataupun tuhan itu banyak.

Orang-orang yahudi percaya bahawa Tuhan adalah pencipta segala benda atau sesuatu pada setiap masa. Dia adalah Pentadbir Seluruh Alam. Tidak ada sesiapa pun yang berkongsi dengan-Nya dalam proses mencipta dunia dan tidak ada sesiapa pun yang berkongsi kuasa dengann-Nya dalam mentadbir dunia.

Perbezaan di antara Umat Islam dan yahudi adalah orang-orang Yahudi (Bani Israel) percaya bahawa Tuhan “memilih” mereka dari segala bangsa di dunia sebagai penerima TORAH (TAURAT) untuk memainkan peranan penting di dunia dan mereka juga terselamat dari sebarang kerosakan atau mara bahaya.

Yahudi-yahudi ini menanti kedatangan arahan dunia baru. Ia adalah KINGDOM of GOD yang dimana undang-undang Tuhan akan mengawal serta mempengaruhi semua undang-undang bertentangan yang dibuat manusia, iaitu seluruh manusia akan mendapat keadilan dan keamanan serta dapat memenuhi aspirasi mereka. Yahudi-yahudi Ortodoks percaya masanya akan tiba apabila Utusan-Nya lahir ke dunia. Utusan itu akan datang dari keturunan Nabi Daud dan akan membantu untuk membawa “KINGDOM of GOD”

Menurut mereka juga, Nabi Musa telah ke Mount Sinai untuk meditasi selama 40 hari. Di atas gunung itu berlakulah guruh dan kilat sambar menbyambar. Kemudian seluruh gunung itu bergoncang seolah-olah ketakutan dan Mount Sinai diseliputi kabus. Setelah itu Nabi Musa pun berbicara dengan Tuhan dan Tuhan memberinya 10 Commandments. Kemudian Nabi Musa pun turun dari gunung tersebut dan menyampaikan kepada Bani Israel yang sedang menunggunya tentang 10 Commandments.

Selepas itu, Nabi Musa berkata kepada pengikut-pengikutnya iaitu Bani Israel, ”Kamu mesti patuh dan taat pada perintah yang telah saya berikan hari ini – cinta pada Tuhanmu dan serahkan seluruh jiwa dan hati kamu pada-Nya.” Bani Israel kesemuanya menyahut, ”Kami akan melakukan apa saja yang diperintahkan oleh Tuhan.” Di kisahkan dalam Deuteronomy 11:1-32. Itulah janji setia Bani Israel pada Tuhan.

Gagal mematuhi Undang-undang adalah Dosa

Menurut Bible, Tuhan berjanji untuk melindungi orang-orang yahudi dan mereka juga telah berjanji untuk menjaga undang-undang Tuhan. Adalah berdosa bagi orang-orang Yahudi tidak mematuhinya samada undang-undang secara lisan mahupun bertulis.

JUDAISM

Pengenalan

Judaism adalah agama atau civilization orang-orang yahudi. Mereka juga turut dikenali sebagai bangsa Hebrew.

Kisah orang-orang yahudi bermula kira-kira 4,000 tahun dahulu di padang pasir Syro-Arab. Iaitu sebelum Nabi Musa AS, ”Israel” adalah nama yang diberi oleh TUHAN kepada Nabi Yaakob AS mengikut Genesis 32:28.

GEN 32:28 And he said, Thy name shall be called no more Jacob, but Israel: for thou hast striven with God and with men, and hast prevailed.

Terdapat kisah disebalik mengapa mereka dipanggil Israel mengikut orang-orang yahudi sendiri. Kisahnya bermula apabila Nabi Yaakob yang kononnya bergusti dengan Tuhan sewaktu Tuhan turun ke dunia; sewaktu bergusti Nabi Yaakob telah mematahkan kaki Tuhan dan sejak itulah Tuhan memanggil Yaakob dengan nama Israel. Seterusnya pengikut-pengikutnya dipanggil “Bani Israel”.

Bible terbahagi kepada dua bahagian – bahagian pertama dipanggil Perjanjian lama atau Old Testament yang mengandungi 39 Books atau bab dan bahagian kedua dipanggil Perjanjian Baru atau New Testament yang mengandungi 27 Books atau bab. Mereka memanggilnya Books dan di dalamnya terdapat beberapa chapter. 5 Books atau bab pertama dari 39 books atau bab dalam perjanjian lama yang paling dipercayai oleh orang-orang yahudi. Sejarah, kepercayaan dan amalan-amalan Judaism terdapat dalam books atau bab-bab tersebut. 5 books itu ialah – Genesis, Exodus, Numbers, Leviticus dan Deuteronomy. Kelima-lima ini adalah bahagian LAW atau undang-undang dan dianggap Taurat bagi mereka.

Muqoddimah

Alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga ana mengisi kekosongan blog “Light of The Truth” atau “Ziaul-Haq”. Semoga kita semua sama-sama melihat cahaya kebenaran agama Allah yang syumul lagi indah iaitu Islam.

Ana kongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana pelajari dari kelas perbandingan agama atau ‘comparative religion’ di Universiti Sains Malaysia (USM); anjuran Islamic Propagation Society International (IPSI). Semoga perbandingan agama-agama ini dapat membantu kita melihat betapa indahnya Islam itu. Seandainya ada sebarang kesilapan minta dibetulkan, dan sebarang pertanyaan bolehlah diajukan dengan bahasa yang elok di ruang yang di sediakan. Insya Allah ana akan cuba memberi jawapan dan meminta bantuan pada orang yang lebih arif dalam persoalan yang diajukan.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Islam adalah agama wahyu dari Allah SWT yang mengutuskan junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan seruan Islam pada seluruh umat yang tidak mengira bangsa mahupun warna kulit. Islam bukanlah agama warisan yang diwarisi oleh ibu bapa, datuk nenek mahupun moyang kita. Bukan juga untuk bangsa melayu tetapi untuk serwajagat. Islam itu juga hadir bersama bukti-bukti yang kukuh.

Sesungguhnya orang yang mengakui dirinya beriman adalah orang yang meyakini bahawa Allah itu satu tidak ada dua mahupun tiga dan tidak beranak mahupun di peranakkan, serta mengimani Malaikat-malaikat-Nya, Nabi-nabi-Nya, kitab-kitab-Nya, Qada’ dan Qodar-Nya dan Hari Qiamat (Hari Pembalasan) dalam jiwa mereka; mereka melafazkannya dengan lidah serta melaksanakannya dengan perbuatan.

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٤٣
dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). [QS2. AlBaqarah: 143]

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang lemah itu datang dari diri ana sendiri.Wallahu’alam.