CLICK HERE FOR THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES »

Tuesday, November 25, 2008

SEJARAH ORANG-ORANG YAHUDI

ALKISAH…

Judaism bermula kira-kira 4,000 tahun dahulu di Gurun Syro-Arab. Masyarakat yang tinggal di gurun menyembah dan sangat menghormati batu-batu yang pelik (luar biasa) dan hukum-hukum alam contohnya kejadian gurun, termasuk juga musim bunga, anak-anak sungai, pokok-pokok dan sesetengah binatang – iaitu fenomena-fenomena yang jarang berlaku di gurun. Malah mereka turut juga percaya kepada spirits (roh-roh) dan syaitan-syaitan. Tuhan-tuhan dan syaitan-syaitan ini dirujuk sebagai el (merujuk pada bilangan 1) dan elohim (merujuk pada bilangan yang banyak) yang bermaksud “kewujudan sesuatu yang berkaitan dengan ketuhanan”. Terdapat juga perkataan-perkataan yang lain digunakan untuk Tuhan dalam Hebrew seperti Adonai yang bermaksud “Tuhan”, Baal bermaksud “Tuhan Tanah”.

Nabi Ibrahim (Abraham) mempunyai dua orang anak lelaki iaitu Nabi Ishak (Isaac) dan Nabi Ismail (Ishmael). Anak Nabi Ibrahim (Abraham), Nabi Ishak (Isaac) dan cucunya, Nabi Yaakob (Jacob) dikenali sebagai “Bapa” orang-orang Yahudi manakala Nabi Ismail (Ishmael) dikenali sebagai “Bapa” orang-orang Arab.

Setelah sekian lama mereka menghadapi kekurangan makanan hingga menyebabkan kematian dan penyakit; keadaan ini memaksa bani Israel untuk meninggalkan Kanaan (Palestine) dan menjadi pelarian di Mesir, di mana mereka kemudiannya diperhambakan secara paksa oleh Firaun Mesir, Ramses II.

Nabi Musa (Moses) diberi 2 batu besar di mana padanya terdapat 10 perintah (10 commandments). 10 perintah yang dinyatakan adalah merupakan perintah dari Tuhan yang mengandungi etika yang tinggi dan adab-adab seseorang itu terhadap Tuhan (4 perintah) dan juga sesama manusia (6 perintah).

Dalam penghijrahan mereka ke sekitar Mount Sinai; Israel bukan sahaja diberi batu besar yang terdapat undang-undang padanya tetapi mereka juga memperolehi 2 lagi institusi yang berkaitan dengan agama mereka:
  • Pertama, peti perjanjian yang menjadi lambing kedudukan mulia Israel. Peti ini mengandungi objek-objek suci yang dilindungi sewaktu perpindahan mereka dari Mesir. Kemudian ianya ditempatkan di Rumah Ibadat Solomon (Sulaiman) dalam kurun ke-10 sebelum kelahiran Nabi Isa (Jesus), di mana ia tetap berada di situ sehingga rumah ibadat tersebut dimusnahkan oleh Orang-orang Babylon pada 586 sebelum kelahiran Nabi Isa(Jesus).
  • Institusi kedua ialah Tent (khemah) atau Tabernacle peribadatan. Tent atau khemah dibawa oleh Bani Israel ketika pengembaraan mereka, ia berperanan sebagai tempat beribadat mereka kepada tuhan.

Tuesday, October 28, 2008

10 Perintah (10 Commandments) dan Perbandingan dalam Al-Qur’an

10 perintah ini dijelaskan di dalam kitab EXODUS 12:1-17 dan DEUTERONOMY 5:6-21. Disini ana selang selikan dengan ayat-ayat Al-Quran – (bab:ayat)

Perintah pertama:

Thou shall not take any God except one God.

Al-Qur ‘an:

There is no God Except one God. (47:19)

“…Sesungguhnya tiada Tuhan Yang berhak disembah melainkan Allah, …” [Muhammad. QS47:19]

Perintah kedua:

Thou shall make no image of God.

Al-Qur ‘an:

There is nothing whatsoever like unto Him. (42:11)

“...tiada sesuatupun Yang sebanding dengan-Nya (ZatNya, sifat-sifatNya, dan pentadbiranNya) ...” [Asy Syuura. QS42:11]

Perintah ketiga:

Thou shall not use God’s name in vain.

Al-Qur’an:

Make not God’s name an excuse to your oaths. (2:224)

“(dan janganlah kamu jadikan nama) Allah Dalam sumpah kamu...” [AlBaqarah. QS2:224]

Perintah keempat:

Thou shall honor thy mother and father.

Al-Qur’an:

Be kind to your parents if one or both of them attain old age in thy life, say not a word of contempt nor repel them but address them in terms of honor. (17:23)

“…hendaklah engkau berbuat baik kepada ibu bapa. jika salah seorang dari keduanya, atau kedua-duanya sekali, sampai kepada umur tua Dalam jagaan dan peliharaanMu, maka janganlah engkau berkata kepada mereka (sebarang perkataan kasar) sekalipun perkataan "uhf", dan janganlah Engkau menengking menyergah mereka, tetapi Katakanlah kepada mereka perkataan Yang mulia (yang bersopan santun).” [Al-Israa’. QS17:23]

Perintah kelima:

Thou shall not steal.

Al-Qur’an:

As for the thief, male or female, cut off his or her hands, but those who repent after a crime and reform shall be forgiven by God for God is forgiving and kind. (5:38-39)

“dan orang lelaki Yang mencuri dan orang perempuan Yang mencuri maka (hukumnya) potonglah tangan mereka sebagai satu balasan Dengan sebab apa Yang mereka telah usahakan, (juga sebagai) suatu hukuman pencegah dari Allah. dan (ingatlah) Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana. Maka sesiapa Yang bertaubat sesudah ia melakukan kejahatan (curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, Sesungguhnya Allah menerima taubatnya; kerana Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” [AlMaa-idah. QS5:38-39]

Perintah keenam:

Thou shall not lie or give false testimony.

Al-Qur’an:

They invoke a curse of God if they lie. (24:7)

Hide not the testimony. (2:283)

“...Bahawa laknat Allah akan menimpa dirinya jika ia dari orang-orang Yang dusta.” [AnNuur QS24:7]

“...dan janganlah kamu (Wahai orang-orang Yang menjadi saksi) menyembunyikan perkara Yang dipersaksikan itu.” [AlBaqarah. QS2:283]

Perintah ketujuh:

Thou shall not kill

Al-Qur’an:

If anyone has killed one person it is as if he has killed the whole mankind. (5:32)

“Dengan sebab (kisah pembunuhan kejam) Yang demikian itu Kami tetapkan atas Bani Israil, bahawasanya sesiapa Yang membunuh seorang manusia Dengan tiada alasan Yang membolehkan membunuh orang itu, atau (kerana) melakukan kerosakan di muka bumi, maka seolah-olah Dia telah membunuh manusia semuanya; …” [AlMaa-idah. QS5:32]

Perintah kelapan:


Thou shall not commit adultery.

Al-Qur’an:

Do not come near adultery. It is an indecent deed and a way for another evils. (17:32)

“dan janganlah kamu menghampiri zina, Sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan Yang keji dan satu jalan Yang jahat (yang membawa kerosakan).” [Al-Israa’. QS17:32]

Perintah kesembilan:

Thou shall not covet thy neighbour’s wife or possessions.

Al-Qur’an:

Do good to your parents, relatives and neighbours. (4:36)

Saying of the Prophet Muhammad (P) “One of the greatest sins is to have illicit sex with your neighbour’s wife”.

“ dan bagi tiap-tiap (lelaki dan perempuan Yang telah mati), Kami telah tetapkan orang-orang Yang berhak mewarisi peninggalannya Iaitu ibu bapa dan kerabat Yang dekat. dan mana-mana orang Yang kamu telah membuat ikatan setia Dengan mereka (untuk bantu-membantu Dalam masa kecemasan dan kesusahan) maka berikanlah kepada mereka bahagiannya. Sesungguhnya Allah sentiasa menyaksikan tiap-tiap sesuatu.” [AnNuur. QS4:36]

Perintah kesepuluh:

Thou shall keep the sabbath holy

Al-Qur’an:

“Wahai orang-orang Yang beriman! apabila diserukan azan (bang) untuk mengerjakan sembahyang pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi (ke masjid) untuk mengingati Allah (dengan mengerjakan sembahyang jumaat) dan tinggalkanlah berjual-beli (pada saat itu); Yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (hakikat Yang sebenarnya),” [AlJumu ‘ah. QS62:9]

5 buah kitab pertama Yahudi di dalam Bible dipanggil Penta-Teuch atau Torah (Taurat)

Bible yang diakui suci oleh hampir 2 bilion penganut agama Kristian terbahagi kepada dua perjanjian. Perjanjian pertama dan perjanjian kedua atau lebih dikenali dengan perjanjian lama dan perjanjian baru. Seperti yang telah saya nyatakan di atas pada pengenalan Judaism; Perjanjian pertama mengandungi 39 kitab manakala perjanjian kedua mengandungi 27 kitab menjadikan keseluruhannya 66 kitab. 5 kitab pertama dari 66 kitab tersebut dipanggil Penta-Teuch atau Torah (Taurat). Kelima-lima kitab ini diterima pakai oleh orang-orang Yahudi sebagai kitab kepercayaan mereka. 5 kitab atau Penta-Teuch atau Torah (Taurat) ialah:
  1. Genesis
  2. Exodus
  3. Levicitus
  4. Numbers
  5. Deuteronomy
Penta-Teuch atau Torah (Taurat) juga bermaksud ”Hukum-hukum” atau ”Undang-undang” – hukum antara sesama manusia dan hukum-hukum yang berkaitan dengan agama. Menurut Yahudi, Torah (taurat) adalah pemberian Tuahn untuk Bani Israel. Ia adalah merupakan mesej pemberian Tuhan untuk semua manusia melalui Bani Israel.

Separuh dari kelima-lima kitab ini mengandungi kisah-kisah sejarah dan lagenda asal-usul sejarah penciptaan dunia – dari kejadian awal penciptaan dunia hingga ke masa Bani Israel tiba di tanah yang dijanjikan untuk mereka iaitu Kanaan (canaan in english) atau Palestine. Dalam bible terdapat pernyataan-pernyataan yang tersusun cantik tetapi kebanyakkan penceritaannya adalah tentang sumbang mahram, zina, penipuan, kekejaman dan pernyataan-pernyataan yang salah. Penceritaan mengenai sumbang mahram dan penzinaan yang diceritakan adalah sangat jelas digambarkan; pasti sesiapa saja yang membacanya akan merasa malu walaupun jika seorang suami membacakan ayat-ayat tersebut pada isterinya.

Sunday, October 12, 2008

Populasi Masyarakat Yahudi

Orang-orang Yahudi telah menetap di Kanaan/Palestin dan sekitar Jerusalem selama 12 Kurun tetapi mereka telah dihalau ke pelusuk dunia pada mulanya oleh Nebuchad Nezzar dari Babylon seperti yang telah dinyatakan iaitu pada 586 B.C dan kemudiannya sekali lagi oleh Maharaja Rom, Titus pada 70 A.D. Setelah itu mereka menetap di negara yang bernama ”Diaspora” (Dispersion) selama 1 Kurun. Walaubagaimanapun, kemana sahaja mereka pergi, spiritual ataupun emosi dan keagamaan mereka masih terikat kuat dengan Jerusalem dan tanah suci sekitarnya. Mereka bertahan selama 3300 tahun mengikut sejarah.

Walaupun pada hakikatnya mereka bertaburan di seluruh pelusuk dunia, namun mereka mengisytiharkan mereka merupakan satu bangsa. Impian mereka selama 2000 tahun telah dipenuhi dengan tertubuhnya Negara Israel pada 1948. Populasi masyarakat Yahudi seluruh dunia mula meningkat dari 12.8 juta pada tahun 1970 hingga menjadi 18 juta orang pada tahun 1990. Populasi mereka adalah 0.33% dari populasi dunia. Hampir 85 buah negara mempunyai penduduknya yang terdiri daripada masyarakat Yahudi tetapi hampir separuh dari populasi mereka menetap di Israel.

Menganuti Jewism (kepercayaan Yahudi)

Sesiapa sahaja boleh mempercayai kepercayaan Yahudi. Satu upacara diadakan bagi sesiapa yang memasuki kepercayaan agama Yahudi. Upacara ini dilakukan oleh 3 orang Rabbi. Bagi lelaki hendaklah berkhatan dan manakala perempuan hendaklah mandi.

Kelahiran Zionism

Zionism adalah pergerakan untuk mengembalikan masyarakat Yahudi ke Palestin. Pada tahun 1896, seorang jurnalis berbangsa Austria telah menyarankan penubuhan negara yang berasingan untuk masyarakat Yahudi sebagai penyelesaian secara praktikal terhadap persoalan yang ditimbulkan mereka dan anti-Semitism ( golongan yang memperlihatkan rasa ketidakpuasan hati mereka terhadap layanan yang tidak adil terhadap masyarakat Yahudi). Akibatnya, negara Israel mula ditubuhkan pada 14 Mei 1948 oleh 2/3 majoriti undi dari United Nations dan setelah itu Negara Palestin mula dibahagikan kepada dua. Sejak dari itu, kebanyakan masyarakat Yahudi di seluruh dunia dibawa kembali ke Negara Israel untuk penyelesaian.

Bintang Berbucu Enam

Bintang berbucu enam ini dikenali sebagai Magen David – atau bintang David (Daud). Ia adalah lambang atau simbol Yahudi pada masa lampau dan ianya telah diguna pakai pada kurun ke-19 sebagai lambang pergerakan Zionist. Pada hari ini ia menjadi simbol bagi bendera Israel.

Shalom

Perkataan ’Shalom’ bermaksud Sejahtera. ’Shalom’ adalah perkataan di dalam bahasa Hebrew. Orang-orang Yahudi menggunakan perkataan tersebut ketika bertemu mahupun berpisah sesama mereka. Konsepnya sama seperti memberi salam.

The Wailing Wall

Nabi Daud A.S (Prophet King David) yang merupakan Raja telah membina tempat peribadatan yang pertama di Jerusalem. Kemudian, anaknya; Nabi Sulaiman A.S (Prophet King Solomon) yang juga merupakan Raja memperbaiki tempat peribadatan tersebut dan menggunakannya sebagai tempat untuk mengabdikan diri dan melakukan pengorbanan kepada Tuhan. Setelah itu, Dua kali tempat peribadatan tersebut dimusnahkan; pertama dalam tahun 586 B.C (Before Christ – Menurut kalendar Kristian ia merujuk pada tahun sebelum kelahiran Jesus Christ – Nabi Isa A.S) dan keduanya pada 650 tahun kemudian oleh Maharaja Rom, Titus pada 70 A.D (Anno Domino – menurut kalendar Kristian iaitu setelah kelahiran Jesus Christ – Nabi Isa A.S). Sekarang ia hanya tinggal sebahagian dinding batunya yang masih teguh berdiri. Dan dinding tersebut menjadi tempat suci atau sembahyang bagi orang-orang Yahudi di zaman dahulu kala hingga kini. Mereka memperlihatkan rasa sedih mereka dengan meletakkan dahi mereka bersentuhan dengan dinding batu tersebut hanya untuk mengembalikan ingatan mereka tentang kesucian tempat peribadatan tersebut. Dinding tersebut dipanggil ’Wailing Wall’.

Kelahiran dan Berkhatan

Kelahiran bayi atau anak adalah merupakan anugerah dari Tuhan. Pada hari ke-8, bayi tersebut diberikan nama dan dikhatan oleh pegawai rasmi Synagogue yang dipanggil Mohel.

Upacara Bar Mitzvah

Apabila seorang anak lelaki mahupun perempuan sudah mencapai umur 13 tahun, ianya dianggap sudah mampu bertanggungjawab atas setiap tingkah laku atau perbuatannya. Upacara Bar Mitzvah kemudian dilakukan di Synagogue. Selepas anak lelaki mahupun perempuan itu selesai mandi, mereka disiapkan untuk membaca Torah dalam bahasa Hebrew dan setelah itu mereka secara rasminya sudah dibolehkan mengikuti acara sembahyang di Synagogue.

Ini adalah kerana anak-anak yang di bawah umur tersebut sama sekali tidak dibenarkan memasuki Synagogue kerana mereka dianggap belum suci.

Perayaan-perayaan orang Yahudi

Pass Over

Pass Over merupakan perayaan utama masyarakat Yahudi. Ianya diraikan pada setiap musim bunga (spring) iaitu pada permulaan musim bercucuk tanam. Masyarakat yahudi akan sentiasa memperingati penghambaan dan penderitaan mereka di bawah pemerintahan Firaun di Mesir dan ianya berlaku selepas Exodus. Hari di mana mereka meraikan untuk memperingati Exodus Bani Israel setelah satu ketika mereka menjadi hamba sahaya di Mesir.

Pass Over juga adalah untuk memperingati tentang kedatangan malaikat maut keluar ke bumi Mesir dengan tidak dibunuhnya (mencabut nyawa) bani Israel tetapi sebaliknya mencabut nyawa anak lelaki sulung orang-orang Mesir.

Exodus merupakan buku kedua di dalam Bible yang menceritakan tentang Moses (Nabi Musa A.S) dan perjalanan bani Israel keluar dari bumi Mesir.

Pada bulan pertama perayaan Pass Over dalam tahun Yahudi, mereka memakan roti yang diperbuat tanpa yis dan tidak ada sedikit pun yis yang akan dijumpai di dalam rumah mereka dari petang hari yang ke-14 sehingga petang hari yang ke-21. Dan sesiapa di antara mereka yang memakan yis, dia mestilah diputuskan dari perhubungan komuniti Israel, tidak kira mereka bangsa lain ataupun peranakan atau bangsa asal. Mereka tidak memakan apa-apa yang diperbuat daripada yis. Dimana pun mereka tinggal, mereka mesti memakan roti tanpa yis yang dipanggil MATZOT. Dan apabila anak-anak mereka bertanya kepada mereka, ”Apakah maksud perayaan ini?” Mereka menjawab, ”Ia adalah ’Pass Over’ iaitu pengorbanan kepada Tuhan yang melepas dan menyelamatkan rumah-rumah bani Israel iaitu kita tetapi Dia memusnahkan orang-orang Mesir.”

Merujuk pada EXODUS 12, King James Version.

Hanukkah

Terdapat perayaan lain iaitu Hanukkan. Walaupun ianya agak kurang penting, ia merupakan 8 hari perayaan cahaya.

Purim

Purim merupakan perayaan minor bagi masyarakat Yahudi. Ia merupakan pesta makanan.

Yom Kippur

Yom Kippur juga merupakan salah satu perayaan utama masyarakat Yahudi dan ianya diraikan pada hari ke-10 setiap tahun baru. Ia adalah merupakan hari bagi mereka memohon keampunan. Hari Penyesalan atau hari untuk bertaubat. Jika seseorang itu berdosa, dia dibiarkan untuk bertaubat dan dosa-dosanya dipulihkan dari kesalahan yang dilakukannya. Pada hari tersebut, orang-orang Yahudi bertaubat dan memohon keampunan dari Tuhan. Hari tersebut adalah merupakan hari memohon keampunan kepada Tuhan atas dosa-dosa mereka kepada Tuhan tetapi dosa-dosa mereka terhadap manusia hanya boleh dimaafkan dan diperbaiki dengan meminta kemaafan terhadap orang yang telah mereka zalimi atau lakukan kesalahan. Pada hari Yum Kippur tersebut, mereka berpuasa selama 24 jam.

Thursday, August 28, 2008

Rabbi (sebutannya Rabbai)

Rabbi bermaksud Guru yang mempunyai ilmu yang tinggi. Rabbi adalah ketua agama bagi komuniti yahudi dan dia biasanya mengetuai orang-orang yahudi dalam bersembahyang di synagogue. Dia telah dilatih mengenai undang-undang yahudi dan dalam mengendalikan upacara keagamaan dan perayaan orang-orang yahudi.

Synagogue

Sewaktu rumah peribadatan bangsa Yahudi masih di Jerusalem iaitu semasa zaman Nabi Daud dan anaknya, Nabi Sulaiman; ia masih kekal menjadi tempat orang-orang yahudi menunjukkan rasa taat serta patuh dan tempat mengorbankan binatang-ternakan. Tetapi apabila Jerusalem ditawan oleh Orang-orang Babylon pada 586 sebelum Masihi dan orang-orang yahudi dihalau dari situ, mereka (orang-orang yahudi) mula bersembahyang di institusi baru yang dibina dan dipanggil synagogue. Tempat tersebut menjadi institusi pembelajaran dan tempat komuniti meraikan seseuatu. Setelah tempat peribadatan dimusnahkan pada kali keduanya oleh Raja Roman,Titus pada 70 A.D., sekali lagi synagogue kembali menjadi hanya institusi petunjuk bagi kehidupan orang-orang yahudi. Pada hakikatnya synagogue sendiri adalah menggantikan rumah ibadat dan mula menjadi tempat berkumpul orang-orang yahudi yang tinggal jauh dari tempat asal mereka. Sejak itu Synagogue menjadi Rumah Ibadat, sekolah untuk Judaism dan tempat perhimpunan upacara keagamaan.

Tanggungjawab Seorang Yahudi

Setiap orang yahudi adalah bertanggungjawab kepada Tuhan atas setiap yang mereka lakukan. Tuhan adalah Maha Mendengar dan Maha Melihat. Seorang yahudi bukan sahaja perlu patuh pada adab-adab moral yang baik tetapi dia juga perlu mematuhi perayaan-perayaan keagamaan, amalan, tradisi dan undang-undang.

Patuh dan Taat melalui Sembahyang dan Pengorbanan di Synagogue

Patuh dan taat pada Tuhan adalah salah satu kepercayaan yang penting bagi Yahudi. Synagoue menjadi tempat utama menunjukkan taat mereka pada Tuhan dalam bersembahyang dan pengorbanan mereka dan ia kekal selama empat kurun. Jerusalem kemudiannya telah ditakluk atau dijajah dan tempat beribadat telah dimusnahkan pada pertama kalinya oleh Raja Nebu-Chad-Nezzar dari Babylonia pada 586 tahun sebelum Masihi. Bangsa yahudi telah di usir dari Jerusalem ke Babylonia. Selepas hampir 100 tahun kemudiannya, Cyrus the Great Persia telah menakluki Babylonia dan mengalahkan orang-orang Babylon. Bangsa Persia telah membenarkan orang-orang yahudi kembali ke Jerusalem dari Babylonia. Bani Israel membina semula rumah ibadat mereka dan menunjukkan rasa patuh mereka pada Tuhan melalui sembahyang dan pengorbanan tapi ianya hanya bertahan selama 600 tahun sehingga sekali Jerusalem dimusnahkan buat kali kedua oleh Raja Roman, Titus dalam tahun 70 A.D (A.D merujuk tahun setelah Jesus dilahirkan mengikut kalendar orang kristian). Kemudian orang yahudi mengakhiri dengan mengorbankan binatang di Synagogue dan meninggalkan hanya sembahyang sahaja sebagai tanda taat kepada Tuhan.

Sunday, August 10, 2008

Ajaran dan Kepercayaan

Shema (sebutannya Shama)

Asas ajaran Judaism ialah kepercayaan yang utuh pada monotheism iaitu percaya pada SATU dan hanya SATU TUHAN. Pada masa dahulu kala, Tuhan mereka kenali sebagai YAHUDA atau YAHWEH atau ADONAY atau ELOI atau ELOHIM. YAHWEH bermaksud “DIA YANG MENCIPTAKAN”. Yahudi percaya pada TUHAN YANG SATU dan mereka memperlihatkan kepercayaan dengan melafazkan Shema. Shema adalah pengisytiharan atau lafaz pengakuan bahawa Tuhan itu adalah satu. Ada 6 perkataan Shema yang telah ajar oleh Nabi Musa pada Bani Israel mengikut Deuteronomy 6:4 – “Hear, O Israek! The Lord our GOD, the Lord is ONE.”

DEU 6:4 O Israel: The LORD our God is one LORD:


Yahudi mempercayai yang Tuhan itu adalah spirit iaitu roh, mengikut Exodus 3:14 dinyatakan:

EXOD 3:14 And God said unto Moses, I AM THAT I AM: and he said, Thus shalt thou say unto the children of Israel, I AM hath sent me unto you.

Setiap orang-orang yahudi percaya pada SATU dan hanya satu tuhan. Mereka menolak kepercayaan yang menyatakan tidak ada tuhan ataupun kepercayaan tuhan itu dua atau tiga ataupun tuhan itu banyak.

Orang-orang yahudi percaya bahawa Tuhan adalah pencipta segala benda atau sesuatu pada setiap masa. Dia adalah Pentadbir Seluruh Alam. Tidak ada sesiapa pun yang berkongsi dengan-Nya dalam proses mencipta dunia dan tidak ada sesiapa pun yang berkongsi kuasa dengann-Nya dalam mentadbir dunia.

Perbezaan di antara Umat Islam dan yahudi adalah orang-orang Yahudi (Bani Israel) percaya bahawa Tuhan “memilih” mereka dari segala bangsa di dunia sebagai penerima TORAH (TAURAT) untuk memainkan peranan penting di dunia dan mereka juga terselamat dari sebarang kerosakan atau mara bahaya.

Yahudi-yahudi ini menanti kedatangan arahan dunia baru. Ia adalah KINGDOM of GOD yang dimana undang-undang Tuhan akan mengawal serta mempengaruhi semua undang-undang bertentangan yang dibuat manusia, iaitu seluruh manusia akan mendapat keadilan dan keamanan serta dapat memenuhi aspirasi mereka. Yahudi-yahudi Ortodoks percaya masanya akan tiba apabila Utusan-Nya lahir ke dunia. Utusan itu akan datang dari keturunan Nabi Daud dan akan membantu untuk membawa “KINGDOM of GOD”

Menurut mereka juga, Nabi Musa telah ke Mount Sinai untuk meditasi selama 40 hari. Di atas gunung itu berlakulah guruh dan kilat sambar menbyambar. Kemudian seluruh gunung itu bergoncang seolah-olah ketakutan dan Mount Sinai diseliputi kabus. Setelah itu Nabi Musa pun berbicara dengan Tuhan dan Tuhan memberinya 10 Commandments. Kemudian Nabi Musa pun turun dari gunung tersebut dan menyampaikan kepada Bani Israel yang sedang menunggunya tentang 10 Commandments.

Selepas itu, Nabi Musa berkata kepada pengikut-pengikutnya iaitu Bani Israel, ”Kamu mesti patuh dan taat pada perintah yang telah saya berikan hari ini – cinta pada Tuhanmu dan serahkan seluruh jiwa dan hati kamu pada-Nya.” Bani Israel kesemuanya menyahut, ”Kami akan melakukan apa saja yang diperintahkan oleh Tuhan.” Di kisahkan dalam Deuteronomy 11:1-32. Itulah janji setia Bani Israel pada Tuhan.

Gagal mematuhi Undang-undang adalah Dosa

Menurut Bible, Tuhan berjanji untuk melindungi orang-orang yahudi dan mereka juga telah berjanji untuk menjaga undang-undang Tuhan. Adalah berdosa bagi orang-orang Yahudi tidak mematuhinya samada undang-undang secara lisan mahupun bertulis.

JUDAISM

Pengenalan

Judaism adalah agama atau civilization orang-orang yahudi. Mereka juga turut dikenali sebagai bangsa Hebrew.

Kisah orang-orang yahudi bermula kira-kira 4,000 tahun dahulu di padang pasir Syro-Arab. Iaitu sebelum Nabi Musa AS, ”Israel” adalah nama yang diberi oleh TUHAN kepada Nabi Yaakob AS mengikut Genesis 32:28.

GEN 32:28 And he said, Thy name shall be called no more Jacob, but Israel: for thou hast striven with God and with men, and hast prevailed.

Terdapat kisah disebalik mengapa mereka dipanggil Israel mengikut orang-orang yahudi sendiri. Kisahnya bermula apabila Nabi Yaakob yang kononnya bergusti dengan Tuhan sewaktu Tuhan turun ke dunia; sewaktu bergusti Nabi Yaakob telah mematahkan kaki Tuhan dan sejak itulah Tuhan memanggil Yaakob dengan nama Israel. Seterusnya pengikut-pengikutnya dipanggil “Bani Israel”.

Bible terbahagi kepada dua bahagian – bahagian pertama dipanggil Perjanjian lama atau Old Testament yang mengandungi 39 Books atau bab dan bahagian kedua dipanggil Perjanjian Baru atau New Testament yang mengandungi 27 Books atau bab. Mereka memanggilnya Books dan di dalamnya terdapat beberapa chapter. 5 Books atau bab pertama dari 39 books atau bab dalam perjanjian lama yang paling dipercayai oleh orang-orang yahudi. Sejarah, kepercayaan dan amalan-amalan Judaism terdapat dalam books atau bab-bab tersebut. 5 books itu ialah – Genesis, Exodus, Numbers, Leviticus dan Deuteronomy. Kelima-lima ini adalah bahagian LAW atau undang-undang dan dianggap Taurat bagi mereka.

Muqoddimah

Alhamdulillah akhirnya berkesempatan juga ana mengisi kekosongan blog “Light of The Truth” atau “Ziaul-Haq”. Semoga kita semua sama-sama melihat cahaya kebenaran agama Allah yang syumul lagi indah iaitu Islam.

Ana kongsi sedikit sebanyak ilmu yang ana pelajari dari kelas perbandingan agama atau ‘comparative religion’ di Universiti Sains Malaysia (USM); anjuran Islamic Propagation Society International (IPSI). Semoga perbandingan agama-agama ini dapat membantu kita melihat betapa indahnya Islam itu. Seandainya ada sebarang kesilapan minta dibetulkan, dan sebarang pertanyaan bolehlah diajukan dengan bahasa yang elok di ruang yang di sediakan. Insya Allah ana akan cuba memberi jawapan dan meminta bantuan pada orang yang lebih arif dalam persoalan yang diajukan.

Seperti mana yang kita semua sedia maklum, Islam adalah agama wahyu dari Allah SWT yang mengutuskan junjungan mulia, Nabi Muhammad SAW untuk menyampaikan seruan Islam pada seluruh umat yang tidak mengira bangsa mahupun warna kulit. Islam bukanlah agama warisan yang diwarisi oleh ibu bapa, datuk nenek mahupun moyang kita. Bukan juga untuk bangsa melayu tetapi untuk serwajagat. Islam itu juga hadir bersama bukti-bukti yang kukuh.

Sesungguhnya orang yang mengakui dirinya beriman adalah orang yang meyakini bahawa Allah itu satu tidak ada dua mahupun tiga dan tidak beranak mahupun di peranakkan, serta mengimani Malaikat-malaikat-Nya, Nabi-nabi-Nya, kitab-kitab-Nya, Qada’ dan Qodar-Nya dan Hari Qiamat (Hari Pembalasan) dalam jiwa mereka; mereka melafazkannya dengan lidah serta melaksanakannya dengan perbuatan.

وَكَذَلِكَ جَعَلْنَاكُمْ أُمَّةً وَسَطًا لِتَكُونُوا شُهَدَاءَ عَلَى النَّاسِ وَيَكُونَ الرَّسُولُ عَلَيْكُمْ شَهِيدًا وَمَا جَعَلْنَا الْقِبْلَةَ الَّتِي كُنْتَ عَلَيْهَا إِلا لِنَعْلَمَ مَنْ يَتَّبِعُ الرَّسُولَ مِمَّنْ يَنْقَلِبُ عَلَى عَقِبَيْهِ وَإِنْ كَانَتْ لَكَبِيرَةً إِلا عَلَى الَّذِينَ هَدَى اللَّهُ وَمَا كَانَ اللَّهُ لِيُضِيعَ إِيمَانَكُمْ إِنَّ اللَّهَ بِالنَّاسِ لَرَءُوفٌ رَحِيمٌ (١٤٣
dan Demikianlah (sebagaimana Kami telah memimpin kamu ke jalan Yang lurus), Kami jadikan kamu (Wahai umat Muhammad) satu umat Yang pilihan lagi adil, supaya kamu layak menjadi orang Yang memberi keterangan kepada umat manusia (tentang Yang benar dan Yang salah) dan Rasulullah (Muhammad) pula akan menjadi orang Yang menerangkan kebenaran perbuatan kamu. (Sebenarnya kiblat kamu ialah Kaabah) dan tiadalah Kami jadikan kiblat Yang Engkau mengadapnya dahulu itu (Wahai Muhammad), melainkan untuk menjadi ujian bagi melahirkan pengetahuan Kami tentang siapakah Yang benar-benar mengikut Rasul serta membenarkannya dan siapa pula Yang berpaling tadah (berbalik kepada kekufurannya) dan Sesungguhnya (soal peralihan arah kiblat) itu adalah amat berat (untuk diterima) kecuali kepada orang-orang Yang telah diberikan Allah petunjuk hidayah dan Allah tidak akan menghilangkan (bukti) iman kamu. Sesungguhnya Allah amat melimpah belas kasihan dan rahmatNya kepada orang-orang (yang beriman). [QS2. AlBaqarah: 143]

Sesungguhnya yang baik itu datang daripada Allah SWT dan yang lemah itu datang dari diri ana sendiri.Wallahu’alam.